BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

ALISKLAMP  UNTUK ANAK GEMUK

Sunat untuk anak-anak yang gemuk memang agak mencabar dan ramai doktor yang tidak sanggup melakukannya dan ada yang langsung mencadangkan dirujuk kepada pakar urology ataupun mencadangkan sunat dilakukan di bawah ' general anaesthesia'. Ada juga pelanggan yang diberitahu bahawa zakar anaknya terlalu kecil dan perlu tunggu sehingga zakarnya membesar ataupun perlu menunggu sehingga berumur.

Anak yang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak terkumpul dipangkal zakarnya sehingga sebahagian kulit batang zakar ditarik kepangkal dan batang zakar terbenam ke dalam timbunan lemak tersebut. Untuk melakukan sunat secara konvensional dengar zakar yang tertanam begini memanglah sukar terutamanya untuk memasang 'compresion bandages'. Jadi semua punca perdarahan perlu diikat dengan sebaiknya bagi pencegahan risiko perdarahan dalam menyunatkan anak yang gemuk.

Bersunat menggunakan alisklamp adalah terbaik untuk anak-anak yang gemuk dengan zakar yang terbenam. Walaubagaimanapun dua antisipasi penting berikut perlu dilakukan untuk mencegah 'incomplete circumcision' ataupun komplikasi 'concelled penis'.

1. Perlu membuang lebih banyak kulit dibatang zakar.

Ini dapat dilakukan dengan membuat penandaan kira-kira 1.0 ke 1.5cm dibelakang 'corona line'. Ianya tergantung kepada banyaknya kulit zakar yang ditarik oleh lemak dan keterukan batang zakar terbenam ke dalam lemak tersebut.

2. Perlu membuang lebih banyak kulit kulup yang dibahagian dalam.

Tindakan ini tersangat penting dilakukan sebelum mengunci alisklamp. Gunakan dua artery forcept untuk menyepit kulit kulup bahagian dalam sebelah kiri dan kanan, kemudian tarik kedua-dua artery tersebut (perlu menggunakan pembantu untuk menarik salah satu dari artery tersebut) sehingga kepala zakar memasuki tube alisklamp sepenuhnya dan dalam masa yang sama pastikan hujung tiub berada pada paras penandaan kulit luar serta lubang kencing kelihatan berada ditengah tube dan kuncikan alisklamp.

Dengan melakukan dua langkah antisipasi penting di atas maka kita yakin bahawa telah membuang cukup kulit diluar dan dibahagian dalam kulup dan tiada lagi kemungkinan kulit kulup yang masih panjang setelah bersunat dan kurangnya risiko terjadi komplikasi 'concelled penis'.

Konvensional vs Klamp

Go to top