BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

TEKNIK MENANGGALKAN ALISKLAMP

Alisklamp memang direka khas dengan design yang menyerong mengikut anatomi kepala zakar yang memberikan pelbagai kelebihan. Satu kelebihan utama adalah sudut bibir tube yang lebih kecil dan pendek di bahagian bawah kalau di bandingkan dengan di bahagian atas. Ini dengan sendirinya memberikan kemudahan untuk menanggalkan tube alisklamp kalau di bandingkan dengan tube berpotongan pepat.

Tidak perlu berendam terlebih dahulu sebelum tube alisklamp ditanggalkan. Ada dua langkah penting untuk menanggalkan alisklamp:

  1. MENANGGALKAN PLASTIK PENGUNCI

i) Gunakan cutter untuk memotong di kedua-dua sisi plastic pengunci yang berwarna putih.

tanggal001

‘Cutter’ digunakan di kiri dan kanan

tanggal002

ii) ‘Surgical blade’ juga boleh digunakan untuk memotong plastic nipis di bucu kedua-dua belah alisklamp

tanggal003

iii) Plastik pengunci putih di keluarkan perlahan-lahan

2. MENANGGALKAN TUBE

Menanggalkan tube ini adalah lebih mencabar, anak akan menjerit ataupun menangis apabila ianya tidak dilakukan dengan betul, cepat dan dengan sekali sentuhan atau sekelip mata ianya terus tertanggal.

i) Pegang tube dengan tangan kiri anda tarik dan pusingkan sedikit keatas dan dalam masa yang sama gunakan belakang ibu jari (kalau ada kuku lagi bagus) anda untuk menolak kulit hitam (kuping) melepasi bibir bawah alisklamp.

tanggal004

ii) Tube alisklamp akan tertanggal dengan mudah tanpa sempat anak-anak menanggis. Kemudian bersihkan dengan antiseptic dan sapu antibiotic cream.

iii) Setelah disapu antibiotic cream pastikan kuping hitam tidak di tarik ke belakang untuk 4 ke 5 hari berikutnya (tolak kuping hitam tersebut keluar supaya berada menutupi kepala zakar). Ini penting untuk mencegah terjadinya ‘BENGKAK’ (oedematous swelling) setelah 2 atau 3 hari alisklamp ditanggalkan.

iv) Bengkak terjadi kerana kuping hitam tertarik ke belakang dan menghasilkan cengkaman dibatang zakar yang menghalang air kembali ke pangkal zakar.

v) Rawatan bengkak ini mengambil masa yang agak lama. Antaranya boleh di lakukan kompresi bandage dan kalau perlu di buat potongan ‘v’ pada kuping hitam yang mencekam tersebut. Prescribe anti histamine dan papase.

PERINGATAN:

Bagi kes yang ada perlekatan (adhesion) semasa permulaan sunat dahulu, maka akan ada kawasan seperti luka di kepala zakar dengan dengan ‘scabs’ dan berair. Ini perlu dirawat dengan pencucian antiseptic dan sapuan antibiotic cream. Pastikan tempat sunat iaitu ‘kuping’ hitam sentiasa kering dan bersih.

Konvensional vs Klamp

Go to top