BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

PENJAGAAN SELEPAS PEMBUKAAN ALISKLAMP

Perkara yang penting adalah untuk menjaga  ‘kuping kering’  supaya sentiasa kering dan bersih bagi  mencegah jangkitan kuman. Pastikan selepas kencing atau mandi kuping kering di keringkan dengan tisu dan di sapu antibiotic cream.

Setelah Alisklamp di tanggalkan , tolak kuping kering kehadapan kepala zakar untuk 4 ke 5 hariLangkah ini tersangat penting untuk mencegah dari terjadinya bengkak (oedematous) oleh kulit kulup di bahagian dalam akibat dari cenkaman  oleh kuping hitam disekeliling batang zakar. Sekiranya bengkak terjadi adalah agak sukar untuk merawatnya, antara yang boleh dilakukan adalah ‘compression bandages’ , potong bentuk ‘v’ di kuping hitam yang menghasilkan cengkaman tersebut dan bagi anti histamine dan papase bagi mengurangkan bengkak.

Kuping yang kering akan tertanggal dalam beberapa hari dan setelah 4 ke 5 hari anda perlu menarik kulit tempat sepitan itu ke belakang sekerap yang mungkin bagi mencegah berlaku nya penyempitan dan menghasilkan ‘concelled penis’ terutama bagi anak yang gemuk

Untuk kes phimosis dan perlekatan , kepala zakar dan sulcus coronaries biasanya maseh basah berair dan terdapat infeksi setelah alisklamp ditanggalkan. Kawasan ini perlu dilakukan pencucian dengan antiseptic dan sapu antibiotic cream.

Bengkak di batang zakar ataupun kesan-kesan lebam dan kemerahan adalah disebabkan oleh kesan dari suntikan ubat bius dan akan hilang dalam beberapa hari.

Hasil kosmetik berkhatan dengan Alisklamp amatlah memuaskan. Ia hanya meninggalkan parut nipis, sekata dan selari yang nampak hanya sebagai satu garisan. Tiada lubang jarum ataupun kulit yang tidak sekata atau menggelebeh. Penyembuhan total (parut kering, bengkak surut) akan berlaku beberapa minggu selepas khatan dan ini berbeza dari individu ke individu yang lain. Tolong jangan bandingkan zakar anda dengan zakar orang lain, kerana setiap zakar itu diciptakan unik dan berbeza-beza.

Konvensional vs Klamp

Go to top