BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

SUNAT ALISKLAMP UNTUK KES PHIMOSIS

Semua bayi dilahirkan normal dengan lubang kulup yang sempit dan perlahan-lahan terbuka. Phimosis adalah penyempitan lubang kulup yang disebabkan oleh infeksi kencing dan terjadinya parut dengan pembentukan tisu-tisu fibrosis di kulit kulup bahagian dalam. Sunat untuk anak–anak yang ada phimosis adalah mengambil masa yang lebih lama dan agak lebih sukar.

Dengan sunat teknik alisklamp, sekitar 75% kes-kes phimosis dapat disunat denga alisklamp tanpa perlu membua t‘Dorsal Slit’ dan sekitar 24% kes terpaksa dilakukan‘modified dorsal slit’ untuk disunat dengan alisklamp. Manakala bakinya 1% terpaksa di lakukan‘dorsal slit’ untuk disunat dengan alisklamp.
Untuk melakukan sunat dengan alisklamp pada anak-anakyang ada phimosis, langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

1. Perluasan pembukaan kulup perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berulang-ulang dengan artery forcept kerana kulup phimosis kurang flexible dan mudah pecah dan terluka. Kemudian cuba tarik kulit ke belakang sehingga kepala zakar terkeluar sepenuhnya untuk menentukan tiada lekatan dan ukuran saiz alisklamp.

Gunakan artery forcept untuk menyepit dikiri dan dikanan hujung kulup dan regangkan bagi memudahkan tube alisklamp memasukinya sehingga ke kepala zakar. Sekitar 75% kes-kes phimosis tube alisklamp masih dapat memasuki lubang kulup tanpa perlu membuat ‘dorsal slit’.

2. MODIFIED DORSAL SLIT
Sekiranya langkah diatas gagal untuk memasukkan tube alisklamp ke dalam lubang kulup, maka langkah seterusnya adalah melakukan ‘modified Dorsal Slit” ia itu melakukan sedikit potongan kulup untuk melepas kawasan penyempitan sahaja.

Gunakan dua artery forcept untuk mengepit kulit kulup di jam 12 sebelah menyebelah dan potong dengan gunting ataupun sterile surgical blade diantara kedua-dua artery forcept tersebut. Tanpa membuka artery forcept tersebut masukkan tube alisklamp ke dalam bukaan kulup tersebut sehingga kekepala zakar.

Konvensional vs Klamp

Go to top