BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

PROSEDUR ALISKLAMP

Adalah sangat mudah, cepat dan selamat dilakukan dalam masa 5 ke 10 minit sahaja. Harus dimulai http://buyviagraonlineshop.com dengan konsultasi sejarah ringkas, penerangan prosedur dan ‘consent’ untuk bersunat alisklamp.

1. Suntikan ubat bius

a) Dorsal Penile Nerve Block (DPNB)- suntikan jam di 11pagi dan 2ptg

kaedahalisklamp001

b) Half ring block at ventral area ( DPNB does not completely block the ventral nerve pain

pathwaysso it is only partially effective.)

c) Ubat Paracetamol di minum sebelum prosedur sunat

d) Ubat Ponstan di makan setelah selesai sunat ataupun untuk anak kecil boleh di beri voltaren suppository 12.5 mg, ini penting bagi menahan sakit setelah ubat bius habis.

2. Meluaskan kulit kulup dan memisahkan perlekatan antara kulup dan kepala zakar

a) Bukaan kulup perlu diluaskan dengan artery forcept perlahan-lahan dan pisahkan semua perlekatan antara kulit kulup dan kepala zakar sehingga semua ‘sulcus coronaries’ terdedah terutama sekali di bahagian frenulum. Bersehkan ‘smegma’ yang ada dengan antiseptic. Sapu antibiotic cream sekiranya perlu.

kaedahalisklamp002

b) Beritahu ibu/bapa sekiranya anak dia mempunyai perlekatan yang banyak dan bagi tahu setelah alisklamp di tanggalkan nanti, kawasan ini lah yang masih berair atau bernanah dan mungkin akan berlaku infeksi dan melambatkan proses baik pulih.

3.Mengukur saiz kepala zakar / alisklamp

a) Tolak semua kulup ke belakang (retract) dan gunakan pengukur saiz alisklamp yang disediakan untuk memasukkan kepala zakar kedalam lubang ukuran. Ukuran yang tepat adalah apabila kepala zakar dapat memasuki saiz ukuran semuat-muatnya sahaja.

4. Penandaan

a) Penandaan perlu dilakukan untuk menentukan banyak mana kulit yang perlu di buang iaitu tempat sepitan perlu dilakukan. Untuk kanak-kanak penandaan perlu dilakukan sekitar 2mm ke 3mm di belakang corona line dan tandaan harus ke sekeliling zakar hingga ke frenulum area. Garis ini seharusnya selari dengan corona line.

kaedahalisklamp003

b) Perlu juga dibuat satu garis lurus di jam 12 dan juga di jam 6 ptg. Dua garis ini penting untuk menentukan kulit kulup tidak terpusing (berubah kedudukan)semasa memasukkan pengunci plastic putih nanti.

5. Memasukkan tube Polycarbonate

a) Untuk yang tiada penyempitan kulup (prepuce), tube langsung boleh dimasukkan ke kepala zakar dan kulit kulup di tarik menutupi batang tube.

kaedahalisklamp004

b) Bagi bukaan kulup yang sempit, lakukan perluasan dengan artery forcept dan gunakan dua artery forcept untuk menyepit dihujung kiri dan kanan. Regangkan kedua-dua artery forcept dan tolak muncung corong alisklamp sehingga sampai kekepala zakar.

kaedahalisklamp005

6. Memasukkan kekunci plastic.

a) Masukkan bukaan yang bulat dahulu dengan kedudukan sedikit menyenget dan pastikan kulit kulup di sekeliling tube juga memasuki bukaan bulat tersebut.

kaedahalisklamp006

b) Pusingkan plastic putih untuk sesuaikan dengan pangkal tube yang bersegi dan setelah masuk pusingkan sebanyak 90degree tanda ‘v’ di plastic puteh memasuki alut ‘v’ di tube.

c) Tarik kulit kulup sehingga hujung tube berada di paras penandaan tadi.

7.Adjustment

a) Ada 4 adjusment point yang perlu dilakukan sebelum mengunci sepenuhnya alat clamp:

i) Kulit kulup berada pada posisi betul dengan melihat kepada garis penandaan jam 12 dan jam 6 ptg. Sekiranya garis jam 12 sudah beraleh ke jam 9 pagi dan garis jam 6ptg beraleh ke jam 3ptg, tarik kulit tersebut ke kedudukan asalnya.

ii) Pastikan hujung tube berada pada garis penandaan di sekeliling batang zakar

iii) Lihat dengan lampu suloh dan pastikan lubang kencing kelihatan berada ditengah lubang tube dan tidak terhalang pembukaannya.

iv) Alisklamp tidak terlalu ketat iaitu alisklamp maseh boleh di gerakkan ke hadapan dan ke belakang dengan mudah, jadi kulit yang bakal dibuang tidak terlalu banyak.

kaedahalisklamp007

8. Pemotongan kulit kulup

a) Pemotongan mudah dilakukan dengan surgical blade. Pastikan tidak memotong terlalu rapat dengan plastic puteh. Tinggalkan sekitar 1.0mm ke 2.0mm kulit kulup bagi memastikan kulit tidak akan tergelincir lepas dari tempat sepitan.

kaedahalisklamp008

9. Pembersihan dan sapuan antibiotic cream

a) Bersihkan tanda marker pen dengan spirit swab dan kesan antiseptic atau darah dengan normal saline. Sapu anti biotic cream di tempat potongan.

Konvensional vs Klamp

Go to top