BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

KLAMP

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan pembedahan moden, ‘sepitan kuno’ (ancient clamp) yang hanya diperbuat daritando-tandok haiwan, buloh, kayu ataupun kepingan logam telah digunakan sebagai alat untuk bantuan bersunat bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan perdarahan.

Generasi Pertama
Generasi pertama alat sepitan moden (modern clamp) telah di hasilkan semasa perkembangan pesat dunia pembedahan moden dan ujudnya ubat bius setempat pada abad ke 19. Gomco clamp telah diperkenalkan pada tahun 1934 dan kemudian nya Mogen clamp memasuki pasaran pada tahun 1954. Kedua-dua jenis alat sepitan moden ini amat popular dan digunakan secara meluas untuk proses bersunat di Eropah dan juga di Amerika syarikat. Alatsepitan moden ini diperbuat daripada stainless steel dan disterilisasi untuk digunakan berulang kali. Kemudian bermulanya penularan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C serta HIV dan alat ini sudah tidak digunakan lagi.

klamp001

Generasi Kedua
Generasi kedua alat sepitan untuk bantuan bersunat diperkenalkan sejak berlakunya jangkitan HepatisB/C dan HIV,ianya diperbuat daripada plastic dan berkonsepkan pakai buang. Pendekatan baru dalam bersunat iaitu mudah,cepat, tanpa luka terbuka, tiada perdarahan, tiada risiko infeksi dan tidak perlu jahitan mula diperkenalkan dalam dunia perubatan. Antara alat generasi kedua yang terkenal adalah Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone danIsmail clamp.

klamp002

Generasi Ketiga
Alisklamp adalah alat bantuan untuk bersunat yang terbaru ianya adalah penambahbaikkan yang menyeluruh dan mengatasi segala kelemahan dan kekurang alat-alat sepitan generasi sebelum nya. Alisklamp mempunyai rekacipta yang unik dengan potongan yang menyerong dan sesuai dengan bentuk semula jadi anatomi kepala zakar. Alisklamp mampu menghasilkan sunat yang sempurna untuk bayi baru lahir, kanak-kanak dan juga untuk lelaki dewasa. Banyak kebaikan dan kelebihan yang mampu ditawarkan oleh Alisklamp.

klamp003

Konvensional vs Klamp

Go to top