BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

ELECTROCAUTRY

Electrocautery adalah alat yang menggunakan elektrik dengan voltage dan ‘alternating frequency’ yang tinggi melalui electrode yang terdiri dari wire logam digunakan sebagai pemotong tisu. Terdapat dua jenis electrocautry yang digunakan untuk bidang perubatan:

Monopolar/Unipolar electrocautry – electric current melalui electrode dan kembali ke generator melalui inactive (grounding pad), jadi pesakit sebahagian dari electrical circuit.

Bipolar electrocautry – kedua-dua active dan return electrode berada pada satu alat pemegang jadi current hanya melalui diantara hujung kedua electrode dan melibatkan sedikit tissue saja.

sunat alis003

Penggunaan mesin electrocautery yang tidak mengikut spesifikasi ataupun tidak di selengara dengan baik akan memberikan risiko terbakar atau electrocuted.Pemotongan kulup menggunaka electrocautery adalah tidak di galakkan kerna berbagai komplikasi boleh terjadi, antaranya:

Pemotongan menggunakan wire logam yang panas boleh menghasilkan kesan luka bakar yang boleh menyebabkan banyak kerosakan kepada tisu saraf, saluran darah dan tisu zakar yang lain. Kesan luka bakar yang di hasilkan oleh electrocautery boleh mencapai pada kedalaman sehingga 0.5 cm dan parut yang terjadi agak tebal dan berkedut-kedut.

Kesan pembakaran kepada tissue di zakar boleh menyebabkan tinggi risiko ‘penile cancer’ dalam jangka waktu yang lama.

Electrocautery boleh membakar sebahagian daripada tisu saraf yang sensitive di batang zakar dan menyebabkan gangguan ‘nerve conductivity’ jadi kemungkinan terjadi sakit atau kesan renjetan yang kronik atau pun mungkin boleh juga memberi kesan kepada keupayaan ereksi zakar.

‘Gangrene’ kulit di batang zakar ataupun gangrene semua kepala zakar pernah dilaporkan akibat dari penggunaan electrocautery. Ini adalah disebabkan oleh kesan pemanasan wire logam yang terlalu kuat dan mengakibatkan berlakunya ‘acute vasoconstriction’ dan pembekuan darah.

Kecederaan kekal yang teruk boleh dan pernah terjadi seperti terpotong sebahagian kepala zakar ataupun langsung terpotong batang zakar.

Hampir kesemua Sunat adalah bukan dilakukan untuk merawat sesuatu penyakit jadi adalah tidak wajar sama sekali meletakkan anak-anak kepada risiko seperti diatas dengan melakukan Sunat dengan Laser/electrocautery. Banyak Negara telah mengharamkan penggunaan Laser(electrocautery) untuk bersunat, antaranya termasuk Kementerian Kesihatan Negara Turki.

Konvensional vs Klamp

Go to top