Articles

KAEDAH KHATAN KLASIK/KONVENSIONAL

KAEDAH KHATAN KLASIK/KONVENSIONAL

  • Memerlukan suntikan pelalian yang secukupnya
  • Kulup akan dipotong dengan gunting
  • Menghasilkan luka terbuka dan perdarahan yang agak banyak
  • Doktor perlu mengikat semua saluran-saluran pendarahan dan menjahit semua kulit disekeliling batang zakar
  • Perlu di bungkus kuat dan dating untuk dressing beberapa kali
  • Proses berkhatan perlu betul-betul “sterile” kerana ia sama seperti pembedahan biasa yang melibatkan luka terbuka dan perdarahan
  • Risiko mendapat infeksi adalah tinggi terutama Hepatitis B dan C ataupun infeksi HIV
  • KECEDERAAN ‘KEPALA ZAKAR ataupun BATANG ZAKAR oleh GUNTING sering dilaporkan dengan kaedah ini
  • Risiko pendarahan selepas 24 jam adalah tinggi iaitu sekitar 5%
  • Proses khatan mengambil masa 30 ke 45 minit

PENGGUNAAN KAEDAH LASER ATAUPUN ELECTROCOUTRY

  • Proses berkhatan menggunakan kaedah laser atau electrocoutry adalah sama saja seperti kaedah khatan secara klasik/konvensional diatas, Cuma perbezaan ataupun kelebihannya adalah laser/ electrocoutry digunakan semasa pemotongan kulup
  • Penggunaan laser/ electrocoutry dapat menghasilkan potongan yang bersih dan kurang PENDARAHAN berlaku dan kemudian luka terbuka tersebut perlu di jahit seperti biasa
  • RISIKO penggunaan laser/electrocoutry adalah terlalu besar apabila kemalangan yang tidak disengajakan berlaku
  • Kecederaan yang disebabkan oleh laser /electrocoutry boleh mengakibatkan kecacatan kekal atau kerosakan kekal kepada kepala zakar ataupun batang zakar
  • Pernah dilaporkan kes-kes serius akibat penggunaan laser/electrocoutry seperti Gangrene kulit zakar, gangrene kepala zakar, kecederaan kepala zakar termasuk terpotong saluran kencing dan yang paling sedih sekali adalah pemotongan batang zakar secara total

Contoh-contoh komplikasi yang disebabkan oleh penggunaan laser/electrocoutry:

kpop kpop2    
GANGRENE OF PENILE SKIN GANGRENE OF GLANS PENIS    
kecederaan    

a.Kecederaan kepala zakar semasa menggunakan laser

b.Kecederaan pada saluran kencing semasa menggunakan laser
c.kecederaan semasa berkhatan guna electrocoutry

 

Di Turki – laser atau electrocoutry tidak dibenarkan untuk pengunaan berkhatan

 

KHATAN KAEDAH ALISKLAMP

  • Perlu suntikan pelalian seperti biasa
  • Sebarang lekatan kulit dan kepala zakar perlu dipisahkan terlebih dahulu
  • Penandaan paras kulit yang hendak dikepitkan dan ukuran tepat kepala zakar perlu diambil
  • Tiub alisklamp dimasukkan sehingga ke paras tandaan tadi
  • Alat kepitan alisklamp dipasangkan
  • Kulit lebihan dihujung kepitan dikhatankan
  • Khatan alisklamp selesai dalam masa 5 ke 10 minit sahaja
  • TIADA PERDARAHAN atau risiko KECEDERAAN KEPALA ZAKAR ataupun RISIKO JANGKITAN Hepatitis B/C ataupun infeksi HIV
aaabb  
   

 

Go to top