Articles

Sunat Dewasa

SUNAT DEWASA DENGAN ALISKLAMP

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir sehingga 3 bulan ataupun dari umur 7 tahun ke 12 tahun. Diantara masalah sunat dewasa adalah seperti berikut:

1. Proses pembaik pulih yang lebih perlahan daripada kanak-kanak. Bertambah teruk sekiranya mengidap penyakit kencing manis.

2. Memerlukan suntikan ubat bius yang lebih banyak untuk sunat yang tidak menyakitkan.

3. Risiko perdarahan yang lebih tinggi kerana saluran darah yang lebih besar dan banyak jadi memerlukan jahitan yang lebih banyak.

4. Risiko jangkitan kuman yang lebih tinggi kerana luka yang besar didalam sunat konvesional.

5. Kulit zakar yang keras dan tebal jadi memerlukan alat clamp yang betul-betul kuat dan mampu menahan tarikan semasa ereksi untuk mencegah kulit terlucut dari sepitan dan berlaku perdarahan.

6.Ereksi yang kuat pada lelaki dewasa memberikan masalah khusus kepada bersunat menggunakan sepitan terutamannya setelah alat clamp ditanggalkan. Ereksi yang kuat akan menyebabkan parut baru akan terbuka semula dan akan mengambil masa yang lama untuk penyembuhan.

Memandangkan berbagai masalah diatas untuk sunat dewasa, maka alisklamp mampu menawarkan sunat dewasa yang lebih selamat dan baik. Untuk mengatasi masalah risiko perdarahan dan kesan ereksi yang kuat, alisklamp mengambil antisipasi yang berikut:

1. Mengurangkan pembuangan kulit kulup.

Ini dapat dilakukan dengan penandaan paras sepitan kira-kira 0.5 ke 1.0 cm kehujung dari ‘corona line’. Ini juga tergantung kepada kekenduran atau ketegangan kulit di batang zakar, bagi kulit yang kendur dicadangkan 0.5 cm di hadapan corona line manakala untuk kulit batang zakar yang maseh tegang maka penandaan pada 1.0 cm adalah digalakkan. Antisipasi ini sangat penting untuk menyediakan lebih kulit semasa ereksi bagi menghindari rasa sakit dan juga mencegah parut luka akan terbuka setelah alisklamp di tanggalkan.

dewasa001

2. Untuk menghindarkan sama sekali risiko perdarahan dan jangkitan kuman

i) Ini dapat dilakukan dengan memasang alisklamp tanpa melakukan pemotongan kulit yang mahu dibuang pada hari yang sama. Setelah alisklamp terkunci pada posisinya, pelangan disuruh pulang dengan hanya berbekalkan ponstan 500mg tds dan papase, tiada keperluan untuk memberikan antibiotic. Pelangan perlu di beritahu bahawa kulit dihujung sepitan akan beransur-ansur menjadi kehitaman dan mengering.

ii) Pada hari ketiga beliau perlu datang kembali keklinik untuk di potong kulit yang telah mati tersebut dengan ‘surgical blade’.

iii) Setelah kulit dipotong, alisklamp tidak boleh langsung dibuka. Ia perlu pulang kerumah dan kembali semula ke klinik setelah dua hari lagi. Ini penting bagi mencegah penumbuhan saluran darah yang baru (revascularization’).

iv) Pada hari ke 5 atau ke 6 barulah alisklamp di tangalkan seperti biasa.

dewasa002

Dua langkah penting diatas mampu menawarkan bersunat lelaki dewasa dengan alisklamp tanpa perdarahan dan tiada langsung risiko jangkitan kuman dan yang penting sekali adalah kurangnya risiko luka sunat akan terbuka semula akibat dari ereksi yang kuat setelah clamp ditanggalkan .

Go to top