BERSUNAT

bebudak b

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis).

Read more...

KHATAN DAN GENERASI

sunat001

Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan .

Read more...

Sunat Dewasa

dewasa

Sunat untuk dewasa adalah lebih mencabar kalau dibandingkan dengan sunat untuk kanak-kanak. Sebab itu lah kebanyakan sunat dilakukan dari umur baru lahir ...

Read more...

SOAL DAN JAWAB

S: Adakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan Alisklamp dapat menyebabkan alahan?

Tidak. Jika berlaku bengkak dan kemerahan di bahagian zakar, ia merupakan tindakbalas ubat bius yang digunakan dan juga proses radang yang berlaku apabila dikhatankan. Ia akan surut selepas beberapa hari. Jika terjadi ruam kemerahan pada kulit, ia mungkin berpunca dari alahan dari ubat antiseptik yang digunakan untuk mencuci bahagian sekeliling zakar terutama jika menggunakan antiseptik yang mengandungi iodine (bagi mereka yang alah dengan iodine). Dapatkan nasihat dari doktor anda jika ruam itu tidak surut selepas beberapa hari.

S: Berapakah umur yang terbaik untuk kanak-kanak dikhatankan?

Seeloknya dilakukan apabila saiz zakar itu tidak mencapai saiz dewasa sekitar 6 hingga 10 tahun. Apabila saiz zakar besar maka ubat bius yang digunakan perlu ditambah (juga bilangan suntikan perlu ditambah). Kulit zakar yang dewasa lebih tebal, maka proses penyembuhan juga akan mengambil masa. Manakala apabila mencapai kedewasaan, akan berlaku fenomera ereksi (zakar tegang) di waktu awal pagi, ini juga boleh menyakitkan dan kadangkala mengganggu proses penyembuhan. Alisklamp turut disyorkan kepada bayi yang berusia 3 hari sehingga 3 bulan. Penjagaan di waktu ini lebih mudah dan penyembuhan lebih cepat berlaku.

S: Kemaluan anak saya bersaiz kecil. Bolehkah jika saya inginkan dia dikhatankan dengan menggunakan Alisklamp?

Perasaan takut adalah biasa bagi sebarang pembedahan. Bagaimanapun untuk mengurangkan perasaan takut itu, disyorkan :

Khatan dilakukan ketika kanak-kanak berusia antara 6 hingga 8 tahun iaitu di awal zaman persekolahannya. Ini dapat mengurangkan pengaruh cerita-cerita yang menakutkan yang digembar-gemburkan oleh rakan sekolah yang dapat melemahkan semangat dan keberanian anak anda.

Peranan ibu-bapa memberi dorongan dan semangat juga penting. Penjelasan perlu diberikan bahawa khatan tidak sakit. Hanya ketika memberi ubat bius sahaja yang akan terasa seperti digigit semut dan seterusnya tidak akan merasa apa-apa lagi. Jangan sekali-kali menakutkannya.

Kehebatan kaedah Alisklamp juga boleh di kongsi bahawa ia tidak menggunakan gunting, tidak dijahit dan tidak berdarah. Ini serba sedikit dapat menenangkan anak anda.

S: Bagaimana kaedah membius dilakukan?

Kaedah bius yang digunakan ialah secara ‘ring block’ iaitu kulit di sekeliling pangkal zakar akan disuntik pada permukaannya. Ia tidak sakit seandainya mental kanak-kanak itu bersedia dan diberi penjelasan terlebih dahulu bahawa suntikan itu hanya rasa seperti kena gigit semut. Perlu tahan sedikit dan seterusnya zakar akan kebas dan tidak akan rasa apa-apa lagi.

S: Adakah kaedah Alisklamp tidak meninggalkan kesan buruk di suatu masa nanti seperti mati pucuk, ejakulasi pramatang dan sebagainya?

Kaedah Alisklamp hanya menggunakan cara mengepit di bahagian kulit kulup (foreskin) sahaja dan tidak melibatkan tusukan jarum (seperti apabila dijahit) atau pemanasan (seperti kaedah laser/electrocautery). Tiada risiko terpotong kepala zakar kerana ianya dilindungi di dalam tiub Alisklamp. Garisan khatan Alisklamp adalah samarata dan tiada kulit berlebihan di bahagian frenulum (bawah kepala zakar) yang mungkin boleh menjadi penyebab kepada ejakulasi pramatang.

S: Bolehkan anak saya mandi?

Anak anda boleh mandi terus selepas dikhatankan tanpa sebarang masalah. Bahagian luka terlindung dan tidak akan berdarah.

S: Perlukan anak saya memakai kain selepas khatan dan menggantungkannya di waktu tidur?

Tidak perlu lagi. Malah dia boleh terus pakai seluar (disyorkan seluar yang tidak ketat) sebaik sahaja selesai dikhatankan.

S: Perlukah saya mengambil cuti khusus untuk menjaga anak saya setelah dikhatankan?

Tidak perlu. Kaedah Alisklamp tidak memerlukan penjagaan khusus selepas khatan. Anak anda boleh bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas dikhatankan.

S: Bagaimana jika anak saya sukar untuk kencing?

Ini mungkin terjadi jika bahagian lubang kencing (urethra meatus) berada pada posisi terlalu bawah dan tersentuh pada permukaan tiub Alisklamp. Dalam keadaan ini, tarik sedikit Alisklamp ke arah menjauhi badan dan anak anda akan dapat membuang air kecil seperti biasa apabila lubang kencingnya tidak lagi tersentuh permukaan tiub tersebut. Jika masih mengalami kesukaran, sila hubungi doktor anda dengan segera.

S: Bagaimana risiko pendarahan selepas khatan?

Ia tidak mungkin berlaku seandainya Alisklamp di pasang dengan cara yang betul. Risiko pendarahan yang dibimbangkan selalunya berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas dikhatankan. Elakkan dari :

  1. menyentap Alisklamp dengan kuat
  2. terlanggar bahagian Alisklamp
  3. melakukan aktiviti terlalu lasak
  4. baring meniarap

S: Berapa lama Alisklamp ini perlu dibuka?

Selepas 5 hari (3 hingga 7 hari). Doktor akan menasihati anda bila hari yang tepat untuk membuka Alisklamp.

S: Adakah proses pembukaan ini sakit?

Mungkin jika anak anda membayangkan sakit. Sebenarnya tidak sakit. Apabila pergerakan tiub tergeser dengan kepala zakar yang sangat sensitif itu berlaku, kadangkala kanak-kanak akan merasakan terlalu nyilu sehingga seolah-olah rasa sakit. Selalu perasaan takut akan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasai sakit yang sebenarnya tidak wujud. Selalulah memberi semangat dan dorongan kepada anak anda.

S: Kepala zakar dan di persekitarannya nampak seperti bernanah.

Jika kulit kulup (foreskin) anak anda terlekat pada kepala zakar sebelum berkhatan, ia perlu di bebaskan oleh doktor sebelum memasang Alisklamp. Bahagian kulit yang terlibat ini seolah-oleh luka dan bahagian ini nampak seakan-akan bernanah. Sebenarnya tidak kerana ia lebih merupakan proses penggantian kulit. Kulit tersebut akan mati dan kering meninggalkan kuping. Apabila kuping tertanggal, maka akan terdedahlah lapisan kulit baru yang sihat. Perlu diingatkan bahawa tanda jangkitan kuman ialah seandainya anak anda merasakan amat sakit (berdenyut-denyut), kulit sekitar yang merah dan kadangkala demam di waktu malam.

S: Kenapa di sekitar leher zakar anak saya bengkak?

Ini mungkin berlaku kepada sesetengah individu kerana aliran halus air di bawah kulit (saluran limfatik) yang terjejas sementara akibat kulit kulup (foreskin) yang dipotong. Bengkak ini akan surut dengan sendirinya setelah jangkamasa yang tertentu (mungkin beberapa hari ke beberapa minggu). Anda tidak perlu bimbang selagi anak anda tidak sakit, boleh membuang air kecil seperti biasa dan lukanya tidak berdarah.

S: Berapa hari sebelum anak saya boleh pergi ke sekolah?

Jangkamasa ini berlainan. Bagi kanak-kanak yang lepas (kulit kulup tidak melekat kepada kepala zakar), proses penyembuhan berlaku dengan cepat iaitu lebihkurang seminggu. Ia mungkin lebih lama sedikit bagi kanak-kanak yang zakarnya buta (banyak kulit kulup melekat pada kepala zakar).

S: Bagaimana mengelakkan dari berlakunya ‘post circumcision phimosis’ iaitu zakar tertanam semula ke dalam kulit kulup (foreskin) setelah luka khatan itu sembuh?

Komplikasi ini khusus kepada kes zakar tertanam bagi budak yang gemuk. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, pastikan anak anda mengeluarkan kepala zakarnya 2 kali sehari selepas Alisklamp ditanggalkan. Ini dilakukan sewaktu mandi dan disyorkan juga mencuci leher kepala zakar (corona) sewaktu mengeluarkan kepala zakar tersebut.

S: Bolehkah saya sendiri menanggalkan Alisklamp selepas 5 hari?

Boleh. Sila rujuk di ruangan ‘Alisklamp’, bahagian Kaedah Penanggalan. Ianya amat mudah dilakukan tanpa memerlukan peralatan yang canggih.

Konvensional vs Klamp

Go to top