Penjagaan Selepas Berkhatan PDF Print E-mail

 

Tahniah! Anda telahpun menjalani khatan dengan menggunakan kaedah Alisklamp. Ternyata ia merupakan kaedah sempurna yang berteknologi tinggi, di yakini dan menjadi pilihan bagi pakar-pakar perubatan masa kini.

Selepas Alisklamp dipasang, berikut adalah masalah-masalah yang mungkin anda alami :

  1. KESAKITAN


Lebih kurang 2 jam selepas berkhatan, kebiasaannya anda akan merasai sakit kerana kesan bius sudahpun pudar.

-80%

merasai sedikit sakit

-15%

merasai kesakitan yang sederhana

-5%

merasai sangat sakit

 

Masalah kesakitan selalunya berpunca dari tahap daya tahan sakit yang rendah, keadaan takut atau ditakutkan dan mengambil ubat yang kurang dos atau kurang berkesan. Masalah emosi dapat diatasi jika mendapat galakan positif dan juga anda perlu faham bahawa setiap luka akan merasai sakit sedikit. Maka anda perlulah tahan dan banyak bersabar. Makan ubat seperti yang disyorkan dan banyakkan berehat. Sakit akan semakin berkurangan setelah 1- 2 hari kemudiannya.

 

  1. PENDARAHAN

Risiko pendarahan amatlah kecil dengan kaedah Alisklamp (kurang dari 1%) berbanding dengan kaedah jahit (5-7%). Ini mungkin berlaku akibat bahagian yang dikhatankan itu ditekan atau terlanggar dengan kuat. Selalunya pendarahan akan berlaku dalam tempoh 24 jam yang pertama, oleh itu pastikan anda sentiasa mengawasi perkara ini. Jika berdarah sedikit (beberapa titik) tidak mengapa, akan tetapi seandainya pendarahan berlaku berterusan maka anda hendaklah hubungi doktor yang mengkhatankan anda dengan kadar SEGERA.

 

  1. MEMBUANG AIR KECIL

Anda boleh membuang air kecil dengan mudahnya melalui tiub Alisklamp. Jangan takut untuk berbuat demikian. Kadangkala ketika kencing, anda akan merasai pedih sedikit kerana proses radang yang berlaku dan juga keadaan takut yang meningkatkan lagi perasaan ini. Untuk memudahkan anda kencing, tarik Alisklamp ke hadapan sedikit agar lubang kencing anda bebas andainya terhalang oleh tiub plastik tersebut. Selepas kencing, seeloknya bilas dengan air bersih dan keringkan bahagian dalam tiub dengan menggunakan putik kapas (AWAS : anda mungkin berasa ngilu sedikit apabila menyentuh glans penis). Bahagian luka di luar tiub tidak perlu dicuci kerana ia tidak terkena air kencing.

Seandainya anda masih tidak dapat kencing dalam masa 24 jam, sila hubungi doktor anda dengan
SEGERA.

 

  1. KEGATALAN

Perasaan gatal di bahagian luka jarang berlaku. Anda boleh mandi dengan air suam ataupun berendam dalam air bagi mengurangkan rasa gatal. Jika ia terlalu gatal, rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan ubat tahan gatal.

 
Sekiranya berlaku pendarahan, anda perlu mematuhi langkah-langkah penjagaan luka seperti berikut :
 
  • Lindunginya
Alisklamp tidak akan tertanggal begitu sahaja namun mungkin boleh teranjak sedikit jika ditarik dengan kuat. Hati-hati apabila melakukan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak. Keadaan yang mana berat badan terbeban ke atas kemaluan perlu dielakkan seperti merangkak, jatuh tertiarap dan lain-lain. Anda disyorkan menggunakan seluar dalam selepas khatan bagi memberi perlindungan yang maksimum.
 
  • Sewaktu tidur
Elakkan dari tidur tertiarap. Posisi tidur mengiring atau terlentang adalah disyorkan. Anda tidak perlu menggantung kain seperti kaedah dahulu.
 
  • Pergerakan
Dinasihatkan supaya merehatkan diri pada hari pertama berkhatan. Hari kemudiannya, anda boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa, namun disyorkan untuk tidak beraktiviti lasak seperti bergomol, bermain bola sepak dan lain-lain.
 
  • Pakaian
Anda boleh memakai pakaian yang anda rasa selesa. Bayi boleh memakai lampin yang bersaiz besar, manakala kanak-kanak boleh memakai seluar dalam yang khas selepas khatan.
 
  • Mandi
Anda boleh mandi dan bersabun seperti biasa bermula selepas khatan, namun hati-hati untuk tidak mengasari bahagian khatan tersebut.
 
  • Jangkitan kuman
Kerana luka khatan itu telah disepit, maka risiko untuk mendapat jangkitan amatlah kecil. Elakkan dari mengotorinya dan apabila terkena najis (terutamanya bayi yang memakai lampin), basuhlah bahagian tersebut dengan teliti. Jika kesakitan semakin meningkat selepas 3 hari, kulit sekitarnya termasuk di bahagian kerandut telur dan ari-ari menjadi merah, sila dapatkan nasihat dari doktor anda.
 
  • Keadaan rupa
Ruam, lebam (terutama di bahagian suntikan bius), bengkak/bentan merupakan perkara biasa. Perkara sedemikian akan beransur pulih dalam beberapa hari kemudiannya.

 

PENANGGALAN ALISKLAMP


Alisklamp perlu ditanggalkan purata 5 hari selepas dipasang. Pastikan anda merendam bahagian kemaluan bersama Alisklamp itu di dalam air (elok jika dicampurkan dengan buih mandian/sabun) selama 30 minit sebelum pergi ke klinik untuk menanggalkan Alisklamp. Jika anda memberikan kerjasama, menanggalkan Alisklamp cuma memakan masa 10 saat sahaja. Anda mungkin merasakan pedih sedikit namun ianya hanya sekadar sekelip mata. Anda tidak akan merasakan sakit lagi selepas itu.

 

AlisKlamp on Media

Shoutbox

Turn off/on Options Smileys History FAQ Kide Chat

Last message 14 days ago

15:40-- G_6585: tak semua yang buat utk dewasa, kerana mereka tak simpan stock alisklamp dewasa, tapi kalau ada permintaan mereka boleh order dan buat
18:20-- G_1109: Adakah senarai klinik yg ada di laman web ini semuanye mnyediakan perkhidmatan alisklamp dewasa? Dan ada tak klinik slain dari lman web ini?
6:32-- G_9739: Rm150 je dewasa
11:35-- G_8128: o.O
11:04-- G_6585: utk dewasa sila lihat «link»
11:04-- G_6585: walaikum salam, email saya: zulkafperi@gmail.com hp: 0123372062
15:59-- G_7483: salam Dr, Sy berumur 23thn sudah bekhatan semasa brumur 11thn..ttp ketike itu sy sgt gemuk tp skrg dlm proses pnurunan berat badan dan telah hilang 25kg...sy mmpunyai masalah berkaitan alat sulit sy yg sy tidak tahu ingin mengadu pada siap...boleh x dr tingalkan emel bg mmudahkan sy mghubungi dr? sy harap msalah sy ni selesai sebelum sy berkahwin :(
9:10-- G_6585: utk murah boleh potong cara lama dengan jahitan dan berdarah@@....
14:55-- G_7128: mahal ]
14:05-- G_8440: utk dewasa rm650.00 di no.21 pelangi square damansara, jln pju 6 persiaran surian, 47810 pj
4:30-- G_2092: «link»
17:40-- G_8019: Berapa kos alisklamp untuk orang dewasa??dan boleh bagi tahu tempat klinik alisklamp yang terbaik di kuala lumpur dan berdekatan dengannya... Total harga berapa....tq
14:12-- G_8440: utk lebih selesa sila join forum di «link» memang alisklamp boleh digunakan..kos rm650
9:27-- G_3254: Saya tidak mahu ada sesiapa yg mengetahui yg saya berkhatan lagi..boleh dgn mnggunakn alisklamp tanpa orang di sekeliling tahu?
9:25-- G_3254: saya telah berkhatan ketika umur saya 10thun tetapi klit kembali ttup smula kepala zakar saya pada thun yg sama saya khatan mgkin dsebabkn kegemukan atau pihak doctor yg khatan saya buat ksilapan...adakah bleh sekiranye saya mnggunakn alisklamp ni..
9:22-- G_3254: Berapa harga kos alisklamp nue untuk orang dewasa,,,umur 24thun...
9:16-- G_3254: Boleh saya tau ada tak klinik yg mnggunakan alisklamp nie area nilai,,,
12:15-- G_8440: tlg baca SUNAT DEWASA
12:14-- G_8440: Memang dr takut sunat dewasa guna clamp TAPI dengan antisipasi yang dicADANGKAN sunat dengan alisklamp adalah yang terbaik...luka tidak terbuka...baca sunat dewaSA DI WEB alisklamp
12:12-- G_8440: terlebih baik dengan alisklamp
14:45-- G_8622: antara alisklam dgn cara jahit, mana yg lbh baik?tq
14:44-- G_8622: sy ingin snat dgn alisklam.tp doc kata kalu guna klamp luka sukar sembuh n akan tbuka apabila blaku erection.ya ke?
11:15-- G_4678: 0175347284 sms je bro sekalian..
11:14-- G_4678: Bro yang dewasa yang ingin sunat leh share pendapat ngan saya..sy 26 dan baru sunat guna alisklamp...jgn segan bro...017534
5:52-- G_7919: new website for Adult circumcision «link»
11:04-- G_7490: for adult circumcision, view «link»
11:36-- G_7490: Special website dedicated for Adult circumcision using the Non Surgical Technique Circumcision: «link»
11:34-- G_7490: well....slowly it will replace alisklamp.
8:25-- G_1900: Does that mean neoklamp will replace this alisklamp? How can I get more info of neoklamp?
16:46-- G_7490: Neoklamp is an improve version of alisklamp. More advanced and safety features are incorpporated in neoklamp.
13:24-- G_2535: what is the differences of neoklamp with this alisklamp?
9:26-- G_7490: walaikumsalam, zulkafperi@gmail.com :)
9:25-- G_6298: salam doc blh sy dapatkan email doc sbb sy nak bertanyakan tntg berkhatan untuk org dewasa
9:23-- G_6298: salam doktr blh bagi email dktr tak sy nak bertanya sesuatu dgn dktr berkhatan untuk orang dewasa
14:40-- G_9619: kalau takut....kena tunggu sampai BERANI !!! o.O
8:18-- G_4314: ak h snt

Kide Shoutbox v0.7.1


Name: G_7715
Message:

(H) (L) :$ :O :S :@ :P xD :) :( o.O